#htmlcaption1 Sedetik Bersama...Seabad Terasa... Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Tuesday 24 September 2013

Program Integrasi Alumni Siri 3 2013/2014

Bertarikh 23 sehingga 25 Ogos yang lepas telah diadakan sebuah program tahunan Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis iaitu Program Integrasi Alumni Siri 3 2013/2014. Program yang julung kali diadakan ini berobjektifkan :


1) Objektif yang ingin dicapai melalui Program Integrasi Alumni Bersama Pelajar -Pelajar Gen 14 Kolej Matrikulasi Perlis 2013/2014, ini ialah untuk merealisasikan hasrat murni Pengarah KMP melalui Persatuan Alumni KMP dalam member perhatian khusus dan prihatin terhadap pelajar–pelajar semasa Kolej Matrikulasi Perlis dengan menganjurkan suatu program berkonsepkan program adik angkat.

2) Meningkatkan keyakinan diri peserta program dalam bersaing secara sihat antara pelajar lain.

3) Mengetahui cara belajar yang tepat dan berkesan melalui perkongsian pengalaman fasilitator (abang/kakakangkat) serta mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan peserta melalui Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

4) Mengeratkan silaturrahim antara fasilitator (alumni) dan peserta (pelajar) melalui perkongsian ilmu dan pengetahuan secara tidak langsung akan memupuk ukhwah yang berpanjangan (Networking).

Program selama 3 hari 2 malam ini telah melibatkan seramai 122 orang pelajar keseluruhannya.


Majlis Perasmian Program Integrasi Alumni 2013/2014


Majlis Penutupan Program Integrasi Alumni 2013/2014


No comments:

Post a Comment