#htmlcaption1 Sedetik Bersama...Seabad Terasa... Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Monday 5 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam lebaran...

Kami barisan Jawatankuasa Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis ingin mengucapkan  Selamat Hari Raya Aidilfitri  kepada pihak pentadbiran KMP, pensyarah² KMP, staf² sokongan KMP, pelajar semasa KMP dan seluruh ahli alumni yang berdaftar dan yang belum berdaftar (boleh mendaftar di sini).


Kami memohon maaf atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terlebih gurau senda, terabai kata dan segalanya. Moga lebaran kali ini membawa seribu kenangan kepada kita.

Untuk makluman semua Alumni, pihak KMP akan mengadakan Majlis Jamuan Raya (Merdeka Raya 2013) pada,
28 Ogos 2013 (Rabu)
9.00 pagi - 1.00 petang
Dataran Perdana, KMP

Pihak Alumni dijemput untuk ke majlis ini. Sila maklumkan kepada kami jika sesiapa berminat untuk menyertai majlis ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin...

"Sedetik Bersama...Seabad Terasa..."

No comments:

Post a Comment