#htmlcaption1 Sedetik Bersama...Seabad Terasa... Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Pengenalan

PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI PERLIS ini didaftarkan secara rasminya di bawah Pendaftar Pertubuhan Negeri Perlis pada 25 Mei 2010 bernombor pendaftaran 1273-10-PER. Kini Persatauan Alumni KMP ini mempunyai ahli lebih daripada 5,000 orang.

Persatuan ini menjadi medan perjumpaan lepasan pelajar setiap ambilan di KMP sambil berkongsi pengalaman dan idea sesama ahli lain dan juga pelajar semasa di KMP. Terdapat beberapa aktiviti Alumni KMP dianjurkan bagi membantu dan mengeratkan silaturahim antaranya Malam Bersama Alumni (Minggu Pengenalan Pelajar Baru -MPPB), Program Road to University & Road to Career, Program Integerasi Alumni dan sebangainya. 

Laman web rasmi Persatuan Alumni KMP pula diwujudkan bagi memberi maklumat tentang aktiviti Alumni terkini, iklan ataupun informasi tentang keadaan semasa di KMP. Persatuan Alumni KMP juga mempunyai "Official Group" di dalam facebook yang juga berperanan sebagai medium penyampai maklumat.

Semoga laman web rasmi ini dapat memberi manfaat kepada pengunjungnya serta ahli-ahlinya.

Wallahualam...