#htmlcaption1 Sedetik Bersama...Seabad Terasa... Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Tuesday 24 September 2013

Selamat Pengantin Baharu kepada Marwan dan Munirah

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNya pasangan Marwan dengan Munirah. 


Pada 16 September 2013 yang lepas telah diadakan Majlis Pernikahan antara Marwan dan Munirah. Marwan bin Mohd Zaidi merupakan Ahli Jawatankuasa Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis 2013/2015. Beliau merupakan pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2007/2008 (Gen 8) dan semasa sesi pengajiannya beliau rupakan Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis.

Beliau yang menggantikan Mohd Aliff bin Hashim (YDP Gen-8 yang kemudian keluar 2 minggu ke ALAM, sebelum pulang semula ke KMP dan akhirnya kembali menjadi YDP) telah menggalas tanggungjawab sebagai YDP selama satu semester sebelum keluar untuk membuat Ijazah Doktor Perubatan di Universiti Al-Azhar, Mesir. Ketika dalam pengajian di matrikulasi Marwan juga terlibat dengan Pusat Islam Kolej Matrikulasi Perlis sesi 2007/2008. 

Faktor kesihatan yang dilandai saudara Marwan di Mesir telah menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada pengajian Ijazah Doktor Perubatan dan sekarang sedang menyambung pelajaran di Kolej Universiti Antarabangsa INTI, Nilai. Beliau merupakan seorang yang mencintai ilmu pengetahuan dan tidak pernah jemu untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Beliau yang mesra dengan panggilan Maru atau Abang Marwan (dalam kalangan junior) merupakan seorang yang peramah dan berfikiran terbuka dalam program dan diskusi menyebabkan sehingga ke hari ini kebanyakkan pensyarah masih mengingati namanya sekiranya beliau kembali menziarahi matrikulasi.

Seramai lebih kurang 30 orang alumni Kolej Matrikulasi Perlis daripada pelbagai generasi telah datang menghadirkan diri bersama-sama meraikan pasangan Marwan dengan Munirah. Daripada pihak Alumni Kolej Matrikulasi Perlis, mendoakan agar perkahwinan yang dibina ini mendapat keredhaan dan rahmat daripada Sang Pencipta di dunia dan akhirat. Juga dikurniakan zuriat yang sihat serta hidupnya menjadi rahmat kepada manusia di dunia dan akhirat. 

Wabarakallahulaka Wabaraka'alaika wajama'a banainakuma fil khoiri.





No comments:

Post a Comment