#htmlcaption1 Sedetik Bersama...Seabad Terasa... Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Monday 2 February 2015

Road to University and Career 2015




Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis akan menganjurkan program tahunan iaitu Road to University and Career (R2U & R2C). Program ini bertujuan untuk memberikan perkongsian pengalaman alumni, hala tuju akademik dan perancangan kerjaya bersama pelajar untuk persiapan memasuki ke universiti.

Program ini pertama kali diadakan pada sesi 2010/2011 dan seterusnya dijadikan aktiviti tahunan iaitu pada semester kedua setiap sesi akademik. Tahun ini merupakan tahun kelima R2U & R2C diadakan. Program ini akan mengumpulkan alumni atau bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perlis sejak di awal penubuhannya untuk bersama-sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan kehidupan di universiti khususnya dan alam pekerjaan amnya. 

Bagi alumni yang berminat untuk turut serta dalam program yang dianjurkan bolehlah memuat turun borang dan hantarkan kepada alumnikmp@gmail.com selewat-lewatnya 4 Februari 2015. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi saudara Ku Abd Muhyi di talian 017-4317347. Fasilitator terbuka kepada alumni yang masih meneruskan pengajian di universiti atau sudahpun bekerja. 












No comments:

Post a Comment