#htmlcaption1 Sedetik Bersama...Seabad Terasa... Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Monday 2 February 2015

Mesyuarat Agung Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis KALI KE-5 2015

 

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni KMP bagi sesi 2015 akan diadakan seperti ketetapan yang berikut:

* 14 Februari 2015 (Sabtu)
* 9.00pagi - 11.30pagi
* Dewan Kuliah 1, Kolej Matrikulasi Perlis

Justeru, semua ahli/alumni KMP dijemput untuk menghadiri mesyuarat ini.
Agenda mesyuarat adalah seperti di lampiran yang disertakan.

Semoga dengan kehadiran anda semua dapat memeriahkan mesyuarat pada kali ini disamping dapat memberikan sumbangan idea dan buah fikiran dalam memajukan persatuan.

Sekian, terima kasih

KU ABD MUHYI BIN KU ABD HAMID
Setiausaha 
Persatuan Alumni KMP

Nota:
Bagi yang belum mendaftar keahlian persatuan, anda boleh membuat pendaftaran samada melalui atas talian di http://alumnikmp.blogspot.com/ atau boleh terus membuat pendaftaran pada hari mesyuarat tersebut.

No comments:

Post a Comment