#htmlcaption1 Sedetik Bersama...Seabad Terasa... Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Sunday 3 July 2016



Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar, Kolej Matrikulasi Perlis akan menganjurkan program tahunan iaitu Program Integrasi Alumni (PIA) siri 6.
Program ini bertujuan untuk memberikan perhatian & keprihatinan khusus kepada para pelajar KMP Generasi ke-17 di samping menyampaikan maklumat serta berkongsi pengalaman para alumni. Program ini akan diadakan pada 15 Julai 2016 hingga 17 Julai 2016.
Ayuh sertai kami untuk berbakti kepada KMP sebagai Fasilitator PIA. Permohonan Fasilitator terbuka kepada alumni yang masih meneruskan pengajian di universiti ataupun sudah bekerja.

Syarat permohonan :
1.   Pemohon mestilah bekas pelajar Kolej Matrikulasi Perlis atau telah berdaftar penuh sebagai ahli Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis.
2.   Pemohon mestilah mempunyai keyakinan dan kemampuan dalam menyampaikan maklumat di hadapan umum.


3. Pemohon wajib memberikan komitmen yang tinggi sepanjang program berlangsung.
Borang Permohonan Fasilitator : SILA KLIK MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN


Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 JULAI 2016 sebelum jam 5 petang. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke email rasmi persatuan (alumnikmp@gmail.com).



No comments:

Post a Comment