#htmlcaption1 Sedetik Bersama...Seabad Terasa... Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Tuesday 8 December 2015

PROGRAM ROAD TO UNIVERSITY AND ROAD TO CAREER 2016 KINI KEMBALI!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis akan menganjurkan program tahunan iaitu Road to University and Career (R2U & R2C) 2016.

Program ini bertujuan untuk memberikan perkongsian pengalaman alumni, hala tuju akademik dan perancangan kerjaya bersama pelajar untuk persiapan memasuki ke universiti. Program ini pertama kali diadakan pada sesi 2010/2011 dan seterusnya dijadikan aktiviti tahunan iaitu pada semester kedua setiap sesi akademik. Tahun ini merupakan tahun ke-6 R2U & R2C diadakan.

Program Road To University and Road To Career 2016 dijadualkan pada 15 Januari hingga 17 Januari 2016. Klik Fasilitator R2U & R2C untuk permohonan.

Borang yang lengkap hendaklah dihantar kembali melalui emel alumnikmp@gmail.com. Tarikh tutup permohonan adalah pada 25 Disember 2015. Permohonan Fasilitator adalah terbuka kepada alumni yang masih meneruskan pengajian di universiti atau sudahpun bekerja.

Ayuh sama-sama kembali menyumbangkan bakti kepada KMP!!

Sebarang pertanyaan boleh berurusan dengan JKP R2U & R2C 2016.

"ONCE KMPIANS, ALWAYS KMPIANS"

Sekian terima kasih.

Ahmad Sabri bin Muhamad
Setiausaha Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis

No comments:

Post a Comment