#htmlcaption1 Sedetik Bersama...Seabad Terasa... Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Saturday 2 August 2014

Permohonan Fasilitator Program Integrasi Alumni Siri 4 Dibuka.


Assalamualaikum w.b.t., 
Program Integrasi Alumni Siri ke-4 bersama Pelajar Kolej Matrikulasi Perlis (Generasi 15) akan berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos 2014 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Kolej Matrikulasi Perlis.
Permohonan telah dibuka bagi sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator. Keutamaan diberikan kepada alumni yang menuntut di universiti sekurang-kurangnya pada tahun pertama, berpengalaman atau berminat dalam mengendalikan program-program motivasi dan sedia untuk memberikan khidmat yang terbaik untuk bantu adik-adik. Juga dijemput kepada alumni yang telah bekerja dan mampu memberikan komitmen sepanjang program.
Untuk maklumat lanjut hubungi Hasrul Nizzar di talian 0174078178 (Pengarah Program), Abe Wie di talian 0194172952 (Timbalan Pengarah Program) atau Nadhirah Ennaidi di talian 0175896907 (Setiausaha Program).
Program ini dibuka kepada semua dan mengalu-alukan penglibatan fasilitator daripada pelbagai latar belakang dan plural (pelbagai) kaum.
Ayuh, bersatu hati!

No comments:

Post a Comment