#htmlcaption1 Sedetik Bersama...Seabad Terasa... Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Monday 14 October 2013

Perutusan Presiden Alumni Sempena Hari Raya Aidiladha 1434 H

Bersyukur kepada hadrat Ilahi kerana masih diberikan kesempatan untuk merayakan Hari Raya Aidiladha. Saya mengucapkan selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua bekas dan warga semasa Kolej Matrikulasi Perlis.

Tanggal 10 Dzulhijjah tahun Hijrah merupakan sebuah peristiwa yang bersejarah bagi umat Islam. Merupakan peristiwa yang menuntut dan mengajar erti pengorbanan seorang hamba kepada Tuhan-nya. Dia memberikan fizikal, nafas, alam semesta dan roh kepada hamba-Nya tanpa meminta apa-apa balasan.

Sebaliknya kita jugalah yang memerlukan Tuhan untuk meneruskan kehidupan dan selepas kehidupan. Dalam Islam kita percaya bahawa Nabi Ismail a.s telah diperintahkan oleh Allah untuk dijadikan korban kepada ayahnya yakni Nabi Ibrahim a.s. Tetapi telah ditukarkan kepada seekor kibas atau kambing biri-biri.
Jika dilihat dalam sejarah ilmuan Islam terdapat perbezaan pendapat mengenai hal ini yakni samada Nabi Ismail a.s yang atau Nabi Ishak a.s yang diperintahkan kepada Nabi Ibrahim a.s oleh Allah untuk dijadikan korban. Walaupun majoriti ilmuan mengatakan Nabi Ismail tetapi terdapat juga yang mengatakan Ishak. Imam as-Suyuti adalah antara salah seorang yang mengatakan bahawa Ishak-lah yang dikorbankan. Tetapi majoriti ilmuan mengatakan Nabi Ismail.  

Dalam al-Quran juga tidak mempunyai nama khusus apabila peristiwa Allah memerintahkan Ibrahim melaksanakan korban kepada anaknya. Soal siapakah yang dikorbankan tidaklah terlalu penting berbanding pengajaran atau ibrah yang perlu diambil daripada peristiwa ini.

Seperti dalam surah al-Kahfi apabila menceritakan tentang seorang pemuda (kononnya Nabi Khidir) yang dipertemukan dengan Nabi Musa a.s, Nabi Yusuf dengan isteri al-Aziz (kononnya Zulaikha), pemuda kahfi yang ditidurkan selama 300 dan 9 tahun di dalam gua yang menjadi perdebatan di manakah gua itu berada.
Siapakah pemuda, wanita atau di manakah gua tersebut bukanlah perkara larangan untuk dijadikan kajian ilmiah bahkan diunjurkan agar umat Islam menjadi ahli yang mengkaji alam semesta;

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (Surah Ali Imran : 190)
Cumanya, semua ini adalah perkara yang perlu dikaji dengan mendalam dan janganlah menjadikan pengkajian ini menutupi ibrah daripada setiap peristiwa di atas.

Ayuh bersama-sama kita mendalami dan memahami peristiwa ini; pengorbanan menghambakan diri dan ketaatan kepada Sang Pencipta demi mencapai hakikat kehidupan sejati di dunia dan akhirat. Juga, didoakan agar seluruh jemaah haji yang sedang melaksanakan ibadah haji di tanah suci agar diterima dan dipermudahkan. Semoga mencapai haji yang mabrur (insyaAllah).

Muhammad Afiq bin Bahrom,

Presiden Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis.

No comments:

Post a Comment