#htmlcaption1 Sedetik Bersama...Seabad Terasa... Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Monday 13 May 2013

Laman Web Rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis

SELAMAT DATANG ke laman web rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis. 

Alhamdulillah, kini Alumni KMP telah mewujudkan laman web rasmi demi untuk menyampaikan maklumat kepada semua Ahli Alumni KMP di samping dapat berkongsi idea, cadangan serta kritikan yang membina bagi memperkasakan Alumni KMP.


Di sini juga pihak Alumni KMP menyediakan BORANG KEAHLIAN ALUMNI KMP secara online. Ini bagi memudahkan setiap lepasan KMP untuk bersama-sama mendaftar sebagai Ahli Persatuan Alumni Kolej Matriklasi Perlis yang sah. 

Alumni KMP merupakan alumni yang aktif dalam membantu pihak pentadbiran kolej seperti perjalanan Minggu Pengurusan Pelajar Baru, memberi nasihat dan tunjuk ajar seperti program Road to University & Road to Career (R2U&R2C) dan lain-lain lagi.

Terdapat beberapa perancangan lain untuk lebih mengeratkan silaturahim antara Alumni KMP dan pelajar semasa di KMP. Perancangan ini memerlukan sokongan dari setiap ahli Alumni. Diharapkan setiap Alumni KMP sudi membantu sesama kita untuk menjayakan program-program yang dirancang.

Semoga Laman Web Rasmi Alumni ini dapat memberi manfaat dengan sebaiknya dan jemputlah kepada lepasan KMP yg belum mendaftar sebagai Alumni KMP,boleh klik di link ini, Daftar Alumni KMP untuk mendaftar. Semoga kita dapat bersua di program-program Alumni KMP.


"Sedetik Bersama...Seabad Terasa..."

2 comments: