#htmlcaption1 Sedetik Bersama...Seabad Terasa... Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Wednesday, 9 December 2015

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE -6



Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera

Kepada:-
Semua Ahli Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis

Tuan/Puan/Encik/Cik/Sdra/Sdri

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI PERLIS (PAKMP) KALI KE-6 TAHUN 2016

Dengan segala hormatnya Fasal 8 Perlembagaan Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis pada Perkara 8.3  menjelaskan ‘ Mesyuarat Agung Tahunan bagi Persatuan hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac setiap tahun’ adalah dirujuk.

2.         Sehubungan itu, semua ahli Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis diminta dan dijemput menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) yang bakal diadakan seperti ketetapan berikut :-

                        Perkara            : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-6
                        Tarikh              : 16 Januari 2016 (SABTU)
                        Masa                : 9.00 Pagi
                        Tempat            : Dewan Seri Kayangan, Kolej Matrikulasi Perlis

3.         Bersama-sama ini disertakan Borang Pengesahan Kehadiran (klik) yang perlu dilengkapkan oleh semua ahli dan perlu dihantar kepada Setiausaha atau Penolong Setiausaha pada atau sebelum 5 Januari 2016 melalui email ke alumnikmp@gmail.com.

4.        Kerjasama dan perhatian dari semua ahli berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih,

Sekian.

‘Sedetik Bersama, Seabad Ku Rasa’

Saya yang menjalankan tugas,

AHMAD SABRI BIN MUHAMAD
Setiausaha
Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis

s.k        1. Yang di-Pertua Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis

            2. Fail Setiausaha

Nota : Bagi yang belum mendaftar keahlian persatuan, anda boleh membuat pendaftaran samada melalui atas talian di http://alumnikmp.blogspot.com/ atau boleh terus membuat pendaftaran pada hari mesyuarat tersebut. 

No comments:

Post a Comment