#htmlcaption1 Sedetik Bersama...Seabad Terasa... Pure Javascript. No jQuery. No flash. #htmlcaption2 Stay Connected

Sekapur Sireh



Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Pertama sekali saya bersyukur ke Hadrat Allah SWT kerana kita masih diberikan kesempatan untuk berkhidmat sebagai khalifah-Nya. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang menguruskan laman web rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis ini. Saya berharap agar laman web ini mampu bertindak sebagai medium penyampaian maklumat dan aktiviti terkini Alumni KMP.

Telah lebih sepuluh tahun KMP ditubuhkan, ramai pelajar lepasan KMP yang telah berjaya dalam bidang yang diceburi sama ada dalam akademik, sukan, kepimpinan dan juga kerjaya. Sebagai contoh, ada pelajar kita telah mewakili negara dalam bidang sukan, ada juga yang menjadi pelajar terbaik di universiti luar negara dan ada juga yang telah menjadi pegawai tinggi dalam jabatan kerajaan mahupun sektor swasta. Ini menunjukkan KMP mampu melahirkan produk yang berkualiti dan berdaya saing.

Walaupun tempoh pelajaran di matrikulasi hanya satu tahun, tetapi saya yakin setiap pelajar lepasan KMP menyimpan seribu satu kenangan semasa menuntut di kolej ini. Penglibatan di KMP ini bukanlah hanya semasa belajar di matrikulasi, tetapi semasa belajar di universiti ataupun telah bekerja. Persatuan Alumni KMP ini bersedia berkhidmat dan menabur bakti untuk membantu KMP mendidik pelajar semasa.

Akhir kata, kami dari Persatuan Alumni KMP berharap agar setiap lepasan KMP agar bersama-sama mendaftar sebagai Ahli Persatuan Alumni KMP dan turut serta membantu adik-adik kita yang sedang belajar di KMP. Saya juga berharap supaya kita tidak mewujudkan sifat berpuak-puak, anggaplah kita sesama ahli sebagai satu keluarga KMP.

Bersama kita menggerakkan Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis. Semoga kita dapat berjumpa di aktiviti-aktiviti Alumni.

Sekian, wassalam.

"Sedetik Bersama, Seabad Terasa..."

MUHAMMAD AFIQ HJ. BAHROM
Yang Di-Pertua,
Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Perlis