Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera, diucapkan kepada semua alumni dan adik-adik Generasi
14, Kolej Matrikulasi Perlis.
Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah),
kini Program Pengajian Matrikulasi Sesi 2013/2014 telah sampai di
penghujungnya. Untuk makluman warga Alumni Kolej Matrkulasi Perlis, adik-adik kita
(Gen 14) akan menduduki Peperiksaan Semester Program Matrikulasi II (PSPM II)
yang bakal bermula pada 21 April 2014 (Isnin) sehingga 29 April 2014 (Selasa).
Selaku individu yang telah melalui
saat tersebut, sudah tentu kita mengetahui bahawasanya mereka pasti berdebar
untuk menempuh saat-saat terakhir di matrikulasi tercinta ini. Tambahan pula mereka sering dicabar oleh “Bonda
Azuyah” selaku Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis untuk mendapatkan purata nilai
gred kumulatif (PNGK); 4.00.
Buat adik-adik (Gen 14), dalam proses
perjalanan mencari makna kehidupan, saya ingin berkongsi beberapa perkara yang
boleh kita jadikan pedoman bukan hanya semasa musim peperiksaan tetapi ianya
signifikan sepanjang kehidupan di dunia ini.
· Pastikan mendapat rehat yang mencukupi dan
menjaga kesihatan.
· Mohon maaf kepada ibu bapa, guru-guru dan rakan
jika ada salah dan silap.
Saya yakin setelah hampir setahun
adik-adik (Gen 14) menjalani pengajian di matrikulasi pasti terlalu banyak
lelah dan usaha yang dicurahkan untuk mencapai keputusan yang terbaik. Tetapi
percayalah, lelah dan usaha itu bakal memberikan sinar kebahagiaan kepada si
pengusahanya.
Ibarat seorang pendaki gunung, beliau
bersusah payah dengan pendakiannya sehingga terjatuh, terluka, melecet, dan
kejang tubuh badannya. Tetapi apabila sampai sahaja di puncak gunung, yang
dirasai dan dilihatnya hanyalah “pelangi”. Alangkah terubat akan segala
kecederaan yang dialaminya.
Mungkin tidak banyak yang boleh
dilakukan pada saat akhir ini, tetapi cubalah yang terbaik dan percayalah
kejayaan pasti bersama pencinta ilmu. Ingatlah PSPM II bukanlah penentu hakiki
kejayaan kehidupan adik-adik tetapi menjadi insan yang mencintai masyarakat
adalah pengubat kepada kesakitan alam. Tuntutlah ilmu sehingga ke akhir hayat.
Jangan lupa, setelah tamat PSPM II
nanti, rindu-rindukanlah teratak tercinta kita ini. Jangan malu dan segan untuk
turut serta bersama alumni dalam memeriahkan Kolej Matrikulasi Perlis pada masa
akan datang. Banyak lagi program yang akan diatur dan dijalankan untuk pelajar
generasi seterusnya.
Kami dari barisan Alumni mendoakan
semoga adik-adik (Gen14) berjaya dalam apa sahaja jalan yang ditempuh agar
dapat kita bersama-sama menabur bakti kembali kepada teratak dan tanah air
tercinta. Semoga adik-adik memenuhi permintaan "Bonda Pengarah” yang berhasrat melihat
Kolej Matrikulasi Perlis berada di tempat yang pertama. Saya akhiri dengan
serangkap pantun;
Berakit-rakit
dahulu,
berenang-renang
ketepian,
bersusah-susah
dahulu,
bersenang-senang
kemudian.
Selamat Maju Jaya,
Muhammad Afiq Bin Bahrom,
Yang Di-Pertua,
Alumni Kolej Matrikulasi Perlis.
No comments:
Post a Comment